Archive for December, 2007

Ku Rindu…

Tuesday, December 25th, 2007

Hari ini genap 12 hari suamiku berada di sempadan Filipina/Sabah. Masih teringat lagi pukul 4 pagi 13/12/07 … aku hantar dia ke markas… aku salam tangannya… aku peluk dia… rasanya tak mahu aku lepaskan dia pergi… tapi aku kuatkan semangat… aku isteri seorang tentera… aku kena tabah macam dia… aku tahu dia tahan sebak masa dia tinggalkan aku…. aku kesat air mata aku supaya tak keluar bila dia kucup dahi aku… aku tak nak dia rasa serba salah untuk pergi. " Jaga diri baik-baik ye sayang… Jaga Najwa"… itulah amanah dia…. Allah sahaja yang tahu betapa rindu aku padanya kini… entah apa khabarnya… aku harap sangat dia sihat… makan ke dia?… aku harap sangat dapat mendengar suara dia… sekejap pun jadilah….aku tahu mesti dia cuba untuk hubungi aku… signal takde kat sana… kat pulau… nak roaming pun tak boleh… tak tahu la selama mana aku dapat bertahan… dulu time pegi Sabah, still dapat call… sekurang-kurangnya aku tak terasa sangat…skang ni langsung tak dapat contact… kalau emergency je aku boleh call markas… mujur ada najwa… boleh temankan aku… dapat juga aku hiburkan hati ni… hati ni Tuhan je yang tahu…. kuatkan semangatku Ya Allah… Tabahkanlah hatiku… Lindungilah suamiku… walau di mana sahaja suamiku berada… aku redha sebab aku tahu dia pergi demi tugas…

aku terasa sangat di pagi hari raya aidiladha… adik ku dapat salam tangan suaminya… sedangkan aku… hanya mampu mengucup sayu bajunya…" Selamat hari Raya Sayang…. Ampunkan segala salah silap mama"… melihatkan wajah anak aku… aku harus kuat…

adik ku  selalu kata… dia tak sekuat aku… adik aku hanya nampak luaran sahaja… dalam hati… kuatke aku ni… entahlah… sayang… mama rindu sangat… mama tak pernah rasa macam ni sayang… mama buat-buat sibuk… ada tikanya mama kalah juga…. jaga diri baik-baik ek… mama selalu rindu dan sayang papa…doa mama selalu di bibir… moga papa tabah kat sana… jangan risau… mama boleh jaga diri dan najwa…mama ngan najwa tunggu papa balik awal bulan 2 ni ye…. love u so much…

kalau la mama dapat tahu khabar papa sekarang….????