My Baby : Najwa
Alhamdulillah pada 22 April 2007 jam 11:32pm aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Kuala Terengganu Specialist Hospital. Sepakat dengan suami tersayang, kami menamakan puteri kami Nur Najwa Khairunnisa bt Napian, cahaya cita sebaik-baik perempuan. Semoga nama yang diberi, menggambarkan peribadi anak kami… Mulanya pada tarikh tersebut, aku sepatutnya ada appointment untuk maternal check up, on the way nak pegi hospital tu perut aku dah start memulas… aku ingat sakit biasa je.. tp Dr Yusoff dah remind aku dah bile aku gi hospital 19/04/07… dia kata kalau aku still tak bersalin sampai hari 22/04/07, dia nak tahan aku the next day… kita mampu merancang… Tuhan yang tentukan… bila sampai je kat hospital… perut aku memulas semacam… Dr Yusoff suruh aku masuk hospital on the dot… nasib baik aku dah prepare bawak barang baby dalam kereta… tak pernah-pernah darah aku naik time check up… hari tu darah aku mendadak naik 154/75 … selalunya area 125/80 ke 130/75 je…. suspen nak masuk hospital kot… kul 11 pagi aku masuk labour room… rahim aku bukak 1cm je… sebab aku sakit… dr masukkan ubat kat rahim aku… aku tenang je lepas tu… darah aku pun dah back to normal… kul 3 ptg… rahim aku bukak 4 cm… time tu la mertua aku sampai untuk temankan aku…parents aku pun ada gak… takdelah aku terasa sangat sebab hubby aku takde time tu…. Dr pun putuskan untuk pecahkan ketuban aku… aku on je la time tu… sebab aku mmg tak sabar2 nak deliver baby…. start daripada time tu… aku sakit… Tuhan je yang tahu… sampai kul 10.45 mlm aku tahan sakit… mak ngan mak mertua aku yang dari mula kuatkan semangat aku… dah start gelisah… aku nampak diorang menagis kat luar… walaupun diorang buat-buat tenang bila masuk dok kat sebelah aku…. Hubby aku toksah cerita la… aku rasa dekat berpuluh kali tepon abah aku…. (abah aku ceritala)…kul 11 malam, Dr mintak permission aku untuk ceaser… sebab rahim aku still open 4 cm… and kepala anak aku still tinggi… baby akan lemas kalau still aku nak bersalin normal… aku setuju…. aku dah tak tahan sakit dah…. mak aku cerita kaki aku dah biru dah time tu… kalau aku nak bersalin normal pun mmg aku dah tak larat…. kul 11.10 malam aku masuk operation room… aku di bius dari paras perut ke bawah… so aku sedar la time diorang operate… aku dah tak rasa sakit lepas tu…. dengar je suara najwa… segala rasa sakit aku sekaligus hilang… aku menangis sayu… Syukur Ya Allah… penantian aku akhirnya berakhir…. lepas aku masuk room aku… baru aku dapat bercakap ngan hubby aku (via phone) … berkali2 dia mintak maaf kat aku sebab takde kat sisi aku time aku bersalin… aku yakinkan pada dia… aku redha… lagipun dia bukan pegi main-main… dia pergi bertugas… dan aku bangga dengan tugas dia… takpela… mungkin ini ujian untuk aku jadi lebih tabah…. 3 hari aku duduk hospital… sesungguhnya pengalaman ni cukup berharga untuk aku rasakan… bila aku lihat wajah comel najwa… aku rasakan apa yang Allah uji pada ku berbaloi… 6 hari lepas kelahiran najwa… hubby aku balik… Tuhan je tahu betapa gembira dan sayunya hati aku bila aku nengok hubby aku cium anaknya…
Terima kasih ya Allah atas kurniaan dan kebahagiaan yang kau berikan padaku… sesungguhnya aku bersyukur kerana Kau tidak putus-putus mengurniakan aku rezeki walaupun di sebalik setiap dugaan yang kau berikan… benarlah kata orang…. setiap sesuatu yang berlaku… jika kita tabah dan redha…. ada hikmah yang menanti…. salam sayang…
May 7th, 2007 at 8:51 am
nurul… tetiberrr rasa syahduu + insapp plakk la baca post ko kali nii.. uhukhukhuk. anyway congrate!!! comeeeeelll eerrk cam makcik apai plak. hehehehehe