Archive for May, 2007

1st Check Up

Sunday, May 20th, 2007

Dsc001283 Esok genap umur Najwa sebulan (22/05/07)… kejap je masa berlalu… 23/05/07 aku kene bawak dia pegi klinik… pegi timbang Najwa ngan aku sekali… mintak2 turunlah berat badan ni… hu.. hu… duduk kat kampung ni… lepas bidan desa tahu yang ada orang bersalin… diorang datang umah untuk check baby ngan maknya… okla tu kan? xderla dalam pantang nak kene keluar rumah gi wat check up.. aku nak keluar rumah pun… mak aku dah menjerit… takut bentan… jangan memain… mak aku mengalahkan bidan kampung dok monitor je apa yang aku buat ngan aku makan…. kalau part makan yang aku syahdu giler…. makan nasi panas… tabur lada hitam… ngan ikan selar kuning bakar… nak terjeluak aku makan benda alah tu ari2… agaknya muka aku dah macam ikan selar agaknya… sabar je lah… nak cantik punya pasal… mak aku kata la… tu belum ngan jeli gamat… hu… hu… haru… aku ni mmg la sejak drpd azali lagi kuat minum air suam… time cenggini jangan haraplah nak minum banyak… mak aku nengok ujung mata je kalau aku minum lebih… banyak tul protokol…  skang ni kire ok skit la… lepas 25 ari pantang ni… mak kau kire consider la… makan lauk.. cam ayam ke… sayur ke… tu pun kuah2 jangan haraple aku bleh telan… lada hitam tu mmg wajible kene tabur…. hubby aku mmg dah awal2 beli set lps bersalin sendayu tinggi kat aku… aku dah start telan dah jamu-jamu tu… aku kalau part makan ubat mmg disiplin… 01/06/07 ni aku balik Melaka… dok seminggu kat sana… kesian mak ngan ayah mertua aku… nak nengok jugak cucu dia… pastu baru hubby aku amik balik Lumut… aku plan balik awal ni bukan apa… kesian kay hubby aku… makan pakai dia tak terjaga… walaupun dia tak kisah… aku mmg kisah… pastu nak gi usha gak babysitter untuk Najwa, since aku nak naik keje awal bulan Julai ni… takdela kelam kabut nanti… mak abah aku dah start monyok kire ari… almaklumla… mengenangkan diorang nanti akan berpisah ngan Najwa… ada gak diorang kenen2 kat aku ngan hubby… suruh tinggalkan Najwa… kesian gak ngan diorang… tapi aku slow talk la… biarlah susah senang aku jaga Najwa… okla… have to stop here… mak aku dah panggil suruh bertungku… dia pun dah siapkan tempat untuk aku menyalai… hu.. hu… adios

Najwa Mama@Papa

Friday, May 11th, 2007

My Baby : Najwa

Sunday, May 6th, 2007

Najwa1Alhamdulillah pada 22 April 2007 jam 11:32pm aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Kuala Terengganu Specialist Hospital. Sepakat dengan suami tersayang, kami menamakan puteri kami Nur Najwa Khairunnisa bt Napian, cahaya cita sebaik-baik perempuan. Semoga nama yang diberi, menggambarkan peribadi anak kami… Mulanya pada tarikh tersebut, aku sepatutnya ada appointment untuk maternal check up, on the way nak pegi hospital tu perut aku dah start memulas… aku ingat sakit biasa je.. tp Dr Yusoff dah remind aku dah bile aku gi hospital 19/04/07… dia kata kalau aku still tak bersalin sampai hari 22/04/07, dia nak tahan aku the next day… kita mampu merancang… Tuhan yang tentukan… bila sampai je kat hospital… perut aku memulas semacam… Dr Yusoff suruh aku masuk hospital on the dot… nasib baik aku dah prepare bawak barang baby dalam kereta… tak pernah-pernah darah aku naik time check up… hari tu darah aku mendadak naik 154/75 … selalunya area 125/80 ke 130/75 je…. suspen nak masuk hospital kot… kul 11 pagi aku masuk labour room… rahim aku bukak 1cm je… sebab aku sakit… dr masukkan ubat kat rahim aku… aku tenang je lepas tu… darah aku pun dah back to normal… kul 3 ptg… rahim aku bukak 4 cm… time tu la mertua aku sampai untuk temankan aku…parents aku pun ada gak… takdelah aku terasa sangat sebab hubby aku takde time tu…. Dr pun putuskan untuk pecahkan ketuban aku… aku on je la time tu… sebab aku mmg tak sabar2 nak deliver baby…. start daripada time tu… aku sakit… Tuhan je yang tahu… sampai kul 10.45 mlm aku tahan sakit… mak ngan mak mertua aku yang dari mula kuatkan semangat aku… dah start gelisah… aku nampak diorang menagis kat luar… walaupun diorang buat-buat tenang bila masuk dok kat sebelah aku…. Hubby aku toksah cerita la… aku rasa dekat berpuluh kali tepon abah aku…. (abah aku ceritala)…kul 11 malam, Dr mintak permission aku untuk ceaser… sebab rahim aku still open 4 cm… and kepala anak aku still tinggi… baby akan lemas kalau still aku nak bersalin normal… aku setuju…. aku dah tak tahan sakit dah…. mak aku cerita kaki aku dah biru dah time tu… kalau aku nak bersalin normal pun mmg aku dah tak larat…. kul 11.10 malam aku masuk operation room… aku di bius dari paras perut ke bawah… so aku sedar la time diorang operate… aku dah tak rasa sakit lepas tu…. dengar je suara najwa… segala rasa sakit aku sekaligus hilang… aku menangis sayu… Syukur Ya Allah… penantian aku akhirnya berakhir…. lepas aku masuk  room aku… baru aku dapat bercakap ngan hubby aku (via phone) … berkali2 dia mintak maaf kat aku sebab takde kat sisi aku time aku bersalin… aku yakinkan pada dia… aku redha… lagipun dia bukan pegi main-main… dia pergi bertugas… dan aku bangga dengan tugas dia… takpela… mungkin ini ujian untuk aku jadi lebih tabah…. 3 hari aku duduk hospital… sesungguhnya pengalaman ni cukup berharga untuk aku rasakan… bila aku lihat wajah comel najwa… aku rasakan apa yang Allah uji pada ku berbaloi… 6 hari lepas kelahiran najwa… hubby aku balik… Tuhan je tahu betapa gembira dan sayunya hati aku bila aku nengok hubby aku cium anaknya… Najwa2_1 Terima kasih ya Allah atas kurniaan dan kebahagiaan yang kau berikan padaku… sesungguhnya aku bersyukur kerana Kau tidak putus-putus mengurniakan aku rezeki walaupun di sebalik setiap dugaan yang kau berikan… benarlah kata orang…. setiap sesuatu yang berlaku… jika kita tabah dan redha…. ada hikmah yang menanti…. salam sayang…