Archive for September, 2005

SAMPAI

Thursday, September 29th, 2005

Sayang..
Apa yang ku katakan
Apa yang ku rasakan
Belum pernah dialami

Demimu segala ku kurniakan
Susah ku senangkan
Apa sahaja dipenuhi

Di hati
Dan masih lagi engkau bertanya
Sejauh manakah cinta
Penjelasan ku sebenar-benarnya;
Sampai
tubuh tak bernyawa
Sampai
ku ke pangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir
Cintaku kan tetapkan hadir

Andai dikurnia syurga
kan ku tunggu di luarnya
jika ditanya mengapa?
Jawapan ku menunggu..
Kau SAMPAI dahulu..

Mudahnya sekadar bermadah
Hingga kau meragui
Keikhlasan sanubari
Sedangkan racun pun kan ku telan
Andai kau menyatakan ia madu kepadaku

Oh sungguh..
Dan masih lagi kau bertanya
Sedalam manakah cinta?
Lafaz ikrarku buat selamanya…

Katakan sayang..
bagaimanakah harus ku hidup..
tanpa dirimu?
Sedangkan separuhnya di jiwaku,
bersamamu…

Sampai tubuh tak bernyawa
SAMPAI ku kepangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir..
Cintaku tetapkan hadir…

Andai dikurnia syurga..
Kan ku tunggu di luarnya
Jika ditanya mengapa
Jawapan ku menunggu kau sampai dahulu..
Kau sampai padaku..

Manfaat Menahan Pandangan Mata

Monday, September 19th, 2005

Detaileyefinished_1

Menahan Pandangan Mata, Sesiapa yang suka mengumbar pandangan matanya, maka penyesalan yang dia rasakan tiada henti-hentinya.

Pandangan akan menyusup kedalam hati seperti anak panah yang meluncur saat dibidikkan. Jika tidak membunuh, tentu anak panah akan membuat luka. Atau pandangan itu seperti bara api yang dilempar ke dahan-dahan kering. Jika tidak membakar semuanya, tentu ia akan membakar sebahagian di antaranya.

Orang yang memandang melepaskan pandangan dengan anak panah seperti yang dimaksudkan hatinya.

Dikatakan dalam beberapa himpunan syair :

Selagi pandangan matamu berkeliaran
Segala pemandangan akan membebani hati
Kau pandang segala sesuatu di luar kemampuan
Sebahagian lain tiada kesabaran lagi

Segala peristiwa berawal dari pandangan mata
Jilatan api bermula dari setitik bara
Berapa banyak pandangan yang membelah hati
Laksana anak panah yang meleset dari tali

Selagi manusia masih memiliki mata untuk memandang
Dia tidak lepas dari bahaya yang menghadang
Senang di permulaan dan ada bahaya di kemudian hari
Tiada ucapan selamat datang dan ada bahaya saat kembali

Wahai orang-orang yang melepaskan anak panah sesaat
Engkaulah sang pembunuh namun tiada mengena
Wahai orang yang mengambur pandangan untuk mencari ubat
Kau datang dengan membawa kayu bakar yang membara
Hatinya tidak dibiarkan kerana bekal pandangan
Dengan bekalnya itu dia tidak menyedari yang terjadi

Tak kulihat siapa pembunuh dan siapa korban pembunuhan
Tanpa senjata yang menyertai kerana maksud hati
Siapa yang didatangi musuh dan pendengki
Aku akan datang dengan mata dan hati
Kedua-duanya berganti-ganti pandangan dan fikiran
Tidur dan fikiranku dijadikan tawanan

Orang yang diperbudak sedang mengembala bintang malam
Airmatanya mengalir mengharap uluran kasihan
Mataku sudah rela mencari korban cinta
Tangisilah jasadku yang membeku kerananya

Dengarlah tembangku wahai semua orang
Usah perhatikan lagi penyedap makanan
Cinta itu berakhir dengan angan-angan
Bermula dari canda dan gurauan

Wahai pandanganku yang berlumur dosa di badan
Dengan airmata kan ku hapus dosa kepedihan
Aku ingin menangis kerana cinta dan lara
Kau kenyang kerana kantuk yang menyerangnya
Tak mungkin kerlingan tanpa pandangan
Tak mungkin ada diri tanpa badan

Cahaya dan keceriaan yang datang kerana menahan mata ini bisa terlihat di mata, wajah dan seluruh anggota tubuh. Oleh kerana itu Allah menyebutkan di dalam surah An-Nur,

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangannya. “ (An-Nur:30)

“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. “ (An-Nur:35).

Manfaat Menahan Pandangan Mata

1- Membersihkan hati dari derita penyesalan

q Sesuatu yang paling bahaya bagi hati adalah mengumbar pandangan, kerana dia akan melihat apapun yang dicarinya dan tidak bersabar.

2- Mendatangkan cahaya dan keceriaan di hati

q Barangsiapa menahan pandangannya dari keindahan2 wanita, maka Allah mewariskan kelazatan di dalam hatinya yang akan dia dapatkan hingga hari dia bertemu denganNya.

3- Mendatangkan kekuatan firasat yang benar

q Firasat bermaksud cahaya dan buah dari cahaya. Jika hati bercahaya, maka firasat juga tidak akan meleset.

4- Membuka pintu dan jalan ilmu serta memudahkan untuk mendapatkan sebab-sebab ilmu.

q Hal ini terjadi kerana adanya hati. Jika hati bersinar terang, maka akan muncul hakikat2 pengetahuan di dalamnya lalu sebahagian demi sebahagian ilmu itu dapat diserap.

5- Mendatangkan kekuatan hati, keteguhan dan keberanian

q Sesiapa yang menentang hawa nafsunya, maka syaitan merasa takut kepadanya.

6- Mendatangkan kegembiraan, kesenangan dan kenikmatan

q Tatkala dia mampu membekukan kesenangan dan syahwatnya kerana Allah, maka Allah menggantikannya dengan kesenangan yang lebih komplit dan jauh lebih besar daripada kenikmatan mencicipi dosa.

7- Membebaskan hati dari tawanan syahwat

q Sesungguhnya orang yang layak disebut tawanan adalah orang yang bisa ditawan syahwat dan hawa nafsu

q Jika syahwat dan hawa nafsu sudah menawan hati manusia, maka memungkinkan bagi musuh dan rivalnya untuk melancarkan siksaan kepadanya, sehingga dia seperti anak burung di tangan anak kecil yang memainkannya sesuka hati.

8- Menutup pintu neraka jahanam

q Pandangan mata adalah pintu syahwat yang menuntut perlaksanaannya. Pengharaman Allah dan syariat-Nya merupakan tabir penghalang untuk mengumbar pandangan. Siapa yang merosakkan tabir itu dia akan berani melanggar larangan.

q Orang yang sudah terbiasa dengan sesuatu yang pernah ada, tidak menolak untuk menerima sesuatu yang baru, apalagi jika yang baru itu nampak lebih indah. Menahan mata bisa menutup pintu-pintu ini.

9- Menguatkan dan mengukuhkan akal

q Mengumbar pandangan mata tidak dilakukan kecuali oleh orang yang lemah akalnya dan tidak mempedulikan akibat di kemudian hari.

q Orang yang cemerlang akalnya adalah yang bisa mempertimbangkan akibat dari perbuatannya.

10- Membebaskan hati dari syahwat yang memabukkan dan kelalaian yang melenakan

q Mengumbar pandangan mata pasti akan membuatkan pelakunya lalai terhadap Allah dan memikirkan hari akhirat serta membuatkannya mabuk kepayang dalam tawanan cinta, sebagaimana firman Allah tentang orang2 yang tertawan oleh rupa dan penampilan,

“Demi umurmu (Muhammad), sesungguhnya mereka terombang-ambing di dalam kemabukan(kekesatan).” (Al-Hijr:72)

q Pandangan mata adalah segelas arak dan cinta yang dapat mabuk bila meminumnya. Mabuk cinta jauh lebih parah daripada mabuk kerana arak.

Mabuk kerana nafsu terus berkelanjutan
Jangan harap kesedarannya terbangkitkan

Wahai orang yang mengumbar pandangan walau sesaat
Engkau kan kembali sebagai korban yang sekarat

Membina Hati yang Lembut dan Penyantun

Monday, September 19th, 2005

Rasulullah memaklumkan kepada kita bahawa di dalam diri manusia ada segumpal daging, yang jika baik daging itu maka baik pula manusia tersebut. Sebaliknya jika buruk daging itu, maka buruk pula kualiti orang tersebut. Daging itu adalah Hati.

Rasulullah juga mengajarkan kepada kita bahawa setiap amalan bergantung kepada niatnya. Jika niatnya buruk, maka buruk pula amalannya. Dan jika niatnya baik, maka baik pula amalannya. Kedua pelajaran ini sebetulnya mengajarkan hal yang sama, bahwa kualiti keagamaan kita sebagai muslim boleh dilihat dari niathati kita pada saat melakukan perbuatan itu.

Hati adalah ‘cermin’ dari segala perbuatan kita. Setiap kita melakukan perbuatan, maka hati kita akan mencerminkan niat yang sesungguhnya dari perbuatan itu. Katakanlah, kita memberi duit kepada seorang miskin. Kelihatannya itu adalah perbuatan mulia. Tetapi jika niat kita untuk menyombongkan diri kepada orang lain bukan kerana belas kasihan kepada si miskin maka perbuatan itu sebenarnya tidak mulia lagi.

Jadi, hati lebih menggambarkan kualiti yang sesungguhnya dari perbuatan kita. Sedangkan amalan, lebih sulit untuk dinilai kualitinya.kerana itu, agama Islam lebih condong ‘menggarap’ hati daripada perbuatan. Kalau hatinya sudah baik, maka perbuatannya pasti baik. Sebaliknya meski perbuatannya kelihatan ‘baik’, belum tentu hatinya baik. boleh saja ada niat buruk yang tersembunyi.

Seluruh jenis amal ibadat yang diajarkan Rasulullah kepada kita sebenarnya dimaksudkan untuk menggarap hati kita agar menjadi baik, seperti puasa. Puasa ini tujuan akhirnya adalah kemampuan mengendalikan diri. Atau disebut Takwa dalam terminologi Islam. Takwa adalah kualiti hati. Orang yang bertakwa memiliki keteguhan hati untuk selalu berbuat baik dan menjauhi yang buruk.

Demikian juga solat. Tujuan utama solat adalah membuka kepekaan hati. Orang yang solatnya baik, memiliki kepekaan hati untuk membedakan mana yang baik, mana yang buruk Mana yang bermanfaat, mana yang membawa mudharat. kerana itu,
solat yang baik boleh menyebabkan kita jauh dari hal hal yang keji dan munkar.

Juga zakat. Tujuan utama zakat adalah melatih hati kita untuk peduli kepada orang-orang yang lemah dan tidak berdaya. Hidup harus saling menolong, supaya tidak
terjadi kezaliman yang menyebabkan terjadinya kejahatan. Itu secara sosial. Tetapi secara pribadi, kebiasaan menolong orang lain dengan zakat akan menyebabkan hati
kita menjadi lembut dan penyantun.

Demikianlah, seluruh aktiviti ibadah kita termasuk haji yang menjadi bahasan utama kita kali ini, semuanya menuju kepada pelembutan hati kita. Kenapa hati yang lembut
ini perlu?

kerana hati yang lembut itulah yang akan menyelamatkan kita ketika hidup di akhirat nanti. Hati yang lembut adalah hati yang terbuka dan peka terhadap sekitarnya.Sedangkan hati yang kasar dan keras adalah hati yang tertutup terhadap sekitarnya.

Allah berfirman dalam firman Alah berikut ini.

"Dan barangsiapa di dunia ini buta hatinya, maka di akbirat nanti juga akan buta,dan lebih sesat lagi jalannya."
QS. Al Israa (17) : 72

Ayat tersebut di atas memberikan gambaran yang sangat jelas kepada kita bahwa hati menjadi sasaran utama peribadatan kita. kerana itu Al Quran memberikan informasi yang sangat banyak tentang hati ini. Tidak kurang dari 188 kali
informasi tentang hati ini diulang-ulang oleh Allah di dalam Al Quran.

Ada beberapa tingkat kualiti hati yang diinformasikan Allah di dalam Quran. Hati yang buruk dikategorikan dalam 5 tingkatan.

Yang pertama adalah hati yang berpenyakit. Orang-orang yang di hatinya ada rasa iri, benci, dendam, pembohong, munafik, kasar, pemarah dan lain sebagainya, disebut memiliki hati yang berpenyakit,sebagaimana disebutkan dalam banyak ayat diantaranya,

"Di dalam hati mereka ada Penyakit, lala ditambah Allah penyakitnya, dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta"
QS. Al Baqarah (2) : 10

"Agar Dia menjadikan apa yang dimasukkan oleb syaitan itu, sebagai cubaan bagi orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan yang kasar batinya. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu, benar benar dalam permusuhan yang sangat."
QS Al Hajj (22) : 53

Tingkatan kedua hati yang buruk adalah hati yang mengeras. Hati yang berpenyakit, jika tidak segera diubati akan menjadi mengeras. Mereka yang terbiasa melakukan kejahatan, hatinya tidak lagi peka terhadap keburukan perbuatannya. Mereka menganggap bahawa apa yang mereka kerjakan adalah benar adanya.

"Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang siksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan.
QS. Al An’aam (6) : 43

Tingkatan ketiga, adalah hati yang membatu. Hati yang keras kalau tidak segera disedarkan akan meningkat kualiti keburukannya. Al Quran menyebutnya sebagai hati
yang membatu semakin mengeras dari sebelumnya.

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan."
QS. Al Baqarah (2) : 74

Tingkatan keempat, adalah hati yang tertutup. Pada bahagian berikutnya akan kita membicara, bahawa hati kita itu bagaikan sebuah tabung . Jika tertutup, maka hati kita tidak boleh lagi menerima getaran petunjuk dari luar. Allah mengatakan hal itu
di dalam firmanNya.

"Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka."
QS Al Muthaffiffin : 14

Dan yang kelima, adalah hati yang dikunci mati. Jika hati sudah tertutup, maka tingkatan berikutnya adalah hati yang terkunci mati. Sama saja bagi mereka diberi petunjuk atau tidak. Hal ini diungkapkan Allah berikut ini.

"Sesungguhnya orang-orang kafir itu, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci
mati hati dan pendengaran mereka, dan penglibatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat."
Al Baqarah : 6-7

Sebaliknya hati yang baik adalah hati yang gampang bergetar, sebagaimana difirmankan oleh Allah,

"(yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rizkikan kepada mereka."
QS. Al Hajj (22) : 35

Hati orang-orang yang demikian itu lembut adanya. Mereka pantang melihat penderitaan orang lain. Suka menolong. Tidak suka kekerasan. Penyantun dan penuh kasih sayang kepada siapapun. Itulah nabi Ibrahim yang dijadikan teladan oleh Allah serta menjadi kesayangan Allah. Sebagaimana diinformasikan dalam firman berikut.

"Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapaknya tidak lain hanyalah karena suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapaknya itu. Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapaknya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri dari padanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun"
At Taubah (9) : 114

Missed Me so Bad

Tuesday, September 13th, 2005

Gonna make you feel those things no one’s made you feel before
gonna give the kind of love that keeps you coming back for more
gonna take your every wish and make every wish come true
I’ll be the one who’ll be good to you
I’ll be the answer to your every dream
and when you’re not with me
you’ll wish that you could be.

I’m gonna make you miss me so bad, baby
I’m gonna make it so you can’t get enough of my love
I’m gonna make sure every night you dream of my touch
until you’re touching me, until you’re touching me again.

Gonna kiss you everywhere, show you how a kiss should feel
gonna give something to you that keeps you running back to me
gonna haunt you’re every thought make you want me more and more
I’ll be the one you’ll be dying for.

Cause I know what to do to do you right
and when you close your eyes
you’ll dream of me all night.
I’m gonna make you ……..

You can’t resist don’t even try
this love too strong to be denied
I will get into your heart, I will get into your mind
You can’t escape this time.
I’m gonna make you…….

Tinta Nurulh

Sunday, September 11th, 2005

Nuyu Saat yang paling indah dalam hidupku ialah apabila aku jatuh cinta pada seseorang dan sehingga saat ini rasa itu masih ada walaupun aku dan dia tidak bersama. Tak pernah ada kalimah sesal dalam hati ini menyintai dirinya walau aku tahu tindakan menyintainya sesuatu yang tidak wajar….

Tiada lagi insan yang mampu mengetarkan hati perempuanku selain dia…. Tiada siapa yang mampu diam dan faham sepertinya setiap kali aku resah berbicara… tiada siapa yang dapat mengurangkan tekanan apabila dihujani bebanan rutin harian selain dia… bukan dia penyelesainya… tapi aku lega bila mendengar suaranya berbicara seolah-olah bebanan itu lenyap dengan tiba-tiba…. Dan aku mampu menyelesaikannya…. Siapa yang mampu memberikan aku inspirasi sebegitu selain dia… seorang pendengar setia…. dan kerana itu aku menyintainya…

Tidak salah bukan bila aku hanya menyintainya…. Tidak pernah terlintas dihatiku untuk memilikinya kerana aku sedar ada yang lebih layak dan sememangnya dia kepunyaan orang lain…. Aku tidak menyalahkan Allah  kerana memberikan aku perasaan ini malah aku bersyukur diberi pengalaman begini… menyintai tidak semestinya memiliki…

Masih ku ingat dalam tangisan aku menerimanya… dalam hati bergelodak… kenapa aku tidak kuat untuk menolak apa yang aku rasa ketika itu… kenapa mesti aku siksa hati sendiri jika benar tika itu aku tahu risikonya….

Namun menyayanginya satu pengalaman indah dalam hidupku… detik demi detik aku bahagia… namun… aku hilang dalam hakikat… aku hilang dalam realiti sebenarnya…

Tiba ketikanya aku sedar…. Bila orang sekeliling menyatakan itu satu kesalahan…. Dan aku dibebankan dengan bebanan kesalahan itu… tiba saatnya aku perlu berundur… aku tidak setabah orang lain kerana hidupku biasa disayangi… bila tiba ketika aku dicemuh… aku tidak boleh menerima hakikat itu… kerana dalam wajar… memang benar apa yang aku rasakan itu satu kesalahan dan akan bahagiakah aku jika aku memilihnya…?

Bukan aku tak mahu menyatakan apa yang aku rasakan adalah benar…. Bukan aku tak mahu perjuangkannya…. Cuma tika itu aku terlalu kerdil… bila telunjuk kesalahan hanya terpana pada aku seorang…. Siapa aku untuk membela diri… di pihak benarkah aku jika aku mengatakan aku tidak bersalah waktu itu… tika itu ku rasakan dunia ini terlalu zalim…

Cuba untuk berfikir rasional pada waktu itu… bagaimana keputusan aku jika tika itu aku berada di dalam situasinya… apakah jalan terbaik untuk aku dan juga dirinya… pahit hakikat utuk ku telan… aku lepaskan dia pergi… walau dalam hati berserabut dengan pelbagai persoalan….

Bohongla aku jika aku tidak murung…. Bohonglah aku jika aku tidak bersedih… hampir 2 tahun aku tangisi…. Meninggalkannya tika hati masih sayang…. Aku tekad… dalam memberikan yang terbaik… kenyataannya memang pahit….

Selepas itu aku bangkit… mengapa mesti aku bersedih sedangkan apa yang aku beri padanya satu kebahagiaan bukan bebanan…. aku juga perlu bahagia sepertinya… kenapa mesti aku tangisi jalan yang aku pilih… dalam hidup yang serba singkat ini… mengapa mesti aku persiakan begitu sahaja….

Ada juga saatnya aku terlupa… terlalu teringatnya hingga aku hilangkan pertimbanganku… tapi aku cepat-cepat sedarkan diri…. Aku dan dia masih lagi berkawan dan aku ingatkan diri tentang batas itu…. Kenapa mesti aku memusuhinya sedangkan dia tidak bersalah padaku…

Aku mahu bahagia sama seperti orang lain… aku tidak mahu mencari kebahagiaan atas tangisan orang lain…. Jika benar ada tersurat jodohku… ia akan tiba jua….dan aku percaya… Allah itu maha adil… selagi aku percaya itu… bahagia itu akan tiba jua….

Dengan bangga aku masih mengaku… dia masih dihatiku… dan aku percaya ada yang telah disuratkan untukku… tak perlu aku cari kerana aku percaya ia akan datang sendiri… masanya aku tak pasti… namun ya Allah aku bersyukur diuji begini… aku bahagia dan tenang hidup begini… terima kasih atas rahmatMu….

Namanya dan namaku utuh berkait… dan aku tidak akan tukar ikatan itu sehingga ke akhir nafasku….

Begitu banyak cerita… ada suka ada duka… cinta yang ingin ku tulis… bukanlah cinta biasa… dua keyakinan beza… masalah pun tak sama… ku tak ingin dia ragu… mengapa mereka selalu bertanya… CINTAku bukan di atas kertas… cintaku getaran yang sama… tak perlu di paksa… tak perlu dicari… kerana ku yakin ada jawabnya… andai ku mampu ulang semua… ku pasti tiada yang curiga… kasih kau hadir… tiada terduga.. hanya yakin menunggu… JAWAPAN…

Mencintai & Dicintai

Saturday, September 10th, 2005

Mencintai & DicintaiLove_1

I do not love u as if you were salt-rose, or topaz, or the arrow of carnations the fire shoots of…  - Pablo Neruda

DESKRIPSI

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yg satu lagi,"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?".
Jawab titis air mata kedua tu,
"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja  membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang  anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda  walau dia mana sahaja anda berada.

Ulasan:

Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi,tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don’t be too choosy!)

Ulasan: Kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.

Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Ulasan: Kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda.Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadapmereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akanmeluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda,jika anda mencintai saya, saya akan ‘court’ (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya…"

Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagimenyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan…

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yangbakal mendatang.

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan.Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu kerana jika andaberjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalahjika anda bertangguh.

Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihakmereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka  dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akanrasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling  sukardalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh  hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan  lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk,jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta…… Ia bukan ‘passport’ untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan ‘passport’ untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar;bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira-kira atau  mengukur; tetapi untuk anda mencintai

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia  berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar-benar bahagia.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka  teruskan.Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin
tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu,Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akanteringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda,dia akan kembali.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu,tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan
kamu.

Ulasan: Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu ’sweet’, saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan: Anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

SEINDAH BIASA

Tuesday, September 6th, 2005

Jangan pernah takut ku tinggalkan
Saat bintang tak mampu lagi berdendang
Saat malam menjadi terlalu dingin
Hingga pagi tak seindah biasanya

Takkan mungkin kita bertahan
Hidup dalam bersendirian
Panas terit hujan badai
Kita lalui bersama

Saat hilang arah tujuan
Kau tahu ke mana berjalan
Meski terang meski gelap
Kita lalui bersama

Ku tak bisa merubah yang telah terjadi
Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik
Agar kita tak pernah menjadi jauh
Meski beza dermaga untuk kita berlabuh


Pernah kita jatuh
Mencuba berdiri
Menahan sakit dan menangis
Tapi erti hidup lebih dari itu
Dan kita mencuba melawan

Friendbear

Bukan Cinta Biasa

Thursday, September 1st, 2005

Roses_2_5

Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya

Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya

Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya

Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa

Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata

Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan

Pertanyaan Untuk CINTA

Thursday, September 1st, 2005

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan
suaramu
tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua
orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak
ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat
hatimu
melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat
tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang
kamu
fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan
siapa
dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa
penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia
kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu
mendalam
sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.