Archive for August, 2005

Tafsir Talkin

Tuesday, August 30th, 2005

Kematian 

Bismillah hir rah man nir rahim. Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa
menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBUSAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke dunia Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah nama kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
malahan sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji diwajibkan keatas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,

bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah". Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA :

bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah- mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subha na rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal mursalin walham dulillahi rabbil alamin.

Al-Fatihah

Setiap yang bernafas Pasti akan mati
"Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."
Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…"

Note: Bertaubatlah sementara pintu taubat masih terbuka

Tarikh Lahir dan Rahsianya

Monday, August 29th, 2005

http://hirokozu.hp.infoseek.co.jp/newpage2.htm

Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul dengannya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu Dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara

Harga Sekuntum Mawar

Friday, August 26th, 2005

Rose 

“I love you sayang,” ucap si gadis kepada kekasihnya.
“I love you too,” sahut si jejaka lantas memberikan ciuman french kiss dibibir si gadis,
Prebet Syaitan ketawa terbahak-bahak. Laungan kemenangan bergempita. Seorang lagi anak Adam tewas dalam hasutannya.

Aku memerhatikan gelagat mereka. Cis!!! Rasa geram timbul di hati ini. Inilah ragam remaja kini. Inilah aksi milieu. Pasangan bercumbuan tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Bersepah-sepah aksi-aksi panas seperti ini di kota raya. Hatiku sayu. Apakah yang akan terjadi kepada umat Muhammad???

Aku bingkas mengedarkan diriku dari perhentian bas itu. Jelek aku melihat gelagat pasangan melayu. Alpa. Hanyut dengan arus millenium. Tenggelam dek hasutan syaitan. Aku meneruskan langkahku menyusuri ibu kota ini. Sesak. Kenderaan membanjiri jalan raya. Gas Karbon monoksida memenuhi angkasaraya.

“Truuttt…Ttruutt…”
Telefon bimbitku berbunyi. Sakuku ini segera diseluk. Ku perhatikan skrin telefon. “Imani!!!”
“Hello, assalamualaikum. Khairul bercakap” aku menjawab panggilan.
“Waalaikummusalam” Imani menyambut salamku.
“Hah, Imani! Ada apa awak telefon saya ni???” aku bertanya.
“Saya ada kisah menarik nak diceritakkan kat awak”
“Hemmm…”aku menghela nafas. “Ok, saya tunggu awak di Starbucks dekat Berjaya Times Square.”
“OK!!! Awak tunggu saya tau!!!” ucap Imani lantas meletakkan ganggang.

“Sslluurrpp!!!”
Aku menghirup hot choc ini seraya menghidu aroma koko bermutu. Kelihatan kafe ini sarat dengan umat manusia. Gadis-gadis gedik berpeleseran di sana-sini. Sambil tangan syaitan merangkuli pinggul si gadis tersebut. Aku perhatikan perwatakan mereka. Sedih melihat bangsaku berlaku sedemikian rupa. Terlintas di ruangan mindaku, apakah kisah yang bakal Imani ceritakan kepadaku?
“Assalamualaikum, Khariul!!!”
Aku menoleh. Rupanya Imani yang memberi salam. Ku sahut salamnya lantas mengukirkan senyuman menampakkan deretan gigiku.
“Awak lama ke tunggu saya???”
“Eh, taklah! Baru je sampai” pintaku sambil mengaru-garu kepala.
“Sorrylah…Traffic jem!!!” ujar si gadis ayu ini.
“No prob!!!” aku cuba berlagak macho.
Imani memesan minuman. Sedetik kemudian Imani memulakan cerita. Petah lidahnya
membicarakan kisah tersebut. Otakku pula sibuk mentafsirkan setiap butir
ungkapan yang dihamburkan. Kisah ini menambat hatiku. Memandangkan aku
seorang wartawan, kisah sebegini amat menarik perhatianku.

“OKlah Khai, saya minta diri dulu. Saya harap awak dapat rencanakan kisah ini,”
tutur Imani.
Aku menangguk. Sesaat, aku melambaikan tanganku. Kelibat Imani lantas menghilang daripada pandangan mataku ini.

Aku segera beredar dari Kafe Starbucks ini. Tiada hala tuju. Aku mengambil keputusan untuk berlegar-legar di dalam pusat membeli belah ini. Kakiku dilangkahkan satu demi satu. Mataku liar memerhati sekeliling. Anak muda kelihatan di setiap ceruk bangunan ini. Bebas membuat hal masing-masing. Yang perempuan asyik melihat pakaian. Yang lelaki pula, melepak di tembok-tembok jalanan. Pasangan kekasih bertaburan di merata-rata tempat. Aksi mereka, sukar untuk aku terjemahkan. Aduh! Apa yang akan terjadi kepada mereka??? Hati kecilku ini berbicara.

Aku segera pulang ke rumah. Tak sanggup aku menzinai mataku sendiri. Sedih melihat gelagat anak muda. Hukum Allah tidak lagi dipeduli. Inilah yang terjadi, apabila nafsu menguasai diri. Aku beristighfar. Badanku yang ruai ini dibaringkan ke atas tilam yang empuk. Terasa selesa. Segera aku teringatkan Imani. Ya, Imani! Kisah yang diceritakan itu harus segera aku rencanakan.

—————————————————————————————————————————————————————————–

Fajar menyinsing. Selesai sahaja solat Subuh, aku mempersiapkan diri ini untuk ke pejabat. Kerja sebagai seorang wartawan memang tugas yang mencabar. Namun liku-liku cabaran ini aku susuri dengan tabah untuk bergelar wartawan terbaik Malaysia. Aku gemar menulis rencana mengenai isu-isu remaja Malaysia. Remaja kuta kini kian punah akhlak mereka! Aku sendiri tidak mengetahui di manakah silapnya? Pihak sekolah tidak boleh dipersalahkan. Aku percaya. Kebanyakkan remaja yang rosak ini ketandusan kasih sayang. Namun, ibubapa sahaja tidak harus dipersalahkan. Pengaruh? Ya, pengaruh! Penagaruhlah yang menjadi pemangkin utama kebejatan aqidah ini.

Tugas dimulakan. Kisah yang bakal aku coretkan ini berkait rapat dengan keruntunhan moral remaja. Krisis ini dialami sendiri oleh adik Imani. Dunia oh dunia! Lihatlah kebinasaan yang giat berlaku. Komputer ribaku dihidupkan. Beginilah rutin harianku. Selesai bermuhasabah, aku akan memulakan tugas.
Aku cuba mengingati kembali apa yang dituturkan Imani kepadaku. Adiknya baru sahaja menduduki peperiksaan besar, PMR. Alhamdulillah, dia mendapat keputusan yang cemerlang. Kini, Hanim, adik Imani melanjutkan pelajarannya di Sekolah Teknik Cheras. Aku sendiri terkejut taktala mendengar kisah daripada Imani. Tidakku sangka gadis-gadis melayu kini seumpama tiada maruah. Murah. Bicara Imani, Hanim seringkali kelihatan keluar berdua-duaan bersama kekasihnya di tengah-tengah kotaraya. Dia kini sudah menjadi gadis liar. Pagar sekolah bukan lagi menjadi tembok penghalang buat Hanim. Pondok pengawal ibarat tiada guna. Mudah sahaja untuk Hanim menyusup keluar.

Kekeliruan terdampar di pemikiranku. Kenapakah remaja kita gemar berpasangan? Bukan itu semua propaganda Yahudi dan Barat? Kenapa harus kita contohi? Kemana hilangnya budaya ketimuran kita? Kemana hilangnya hukum Islam? Beribu-ribu persoalan melandai hatiku ini. Kenapa bangsaku sendiri yang menghadapi masalah kebejatan moral ini? Kenapa?
Dahulu, Hanim dahulu merupakan gadis yang penuh sifat kemelayuan. Sopan-santun dan budi bahasa menjadi identiti gadis sunti ini. Masa berubah dan manusia melalui perubahan.

Lihatlah, arus kemodenan telah mengubah gadis-gadis melayu kita. Baju kurung dan tudung bukan lagi menjadi pakaian mereka.Tiub ,jeans dan baju ketat, itulah menjadi kebanggaan remaja. Alasan mereka? Kita kena mengikuti perkembangan fesyen. Fesyen yang eksotik. Ah, dusta semata-mata! Lupakah mereka akan firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat-59: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." Namun, yang bertudung juga sama hebat. Luaran sahaja keIslaman, tetapi hati dipenuhi gelodak nafsu. Kenapa? Kenapa rencana aku tertumpu kepada melayu? Bukankah Malaysia negara berbilang integerasi? Kenapa isu-isu remaja melayu sering kali terpapar di dada-dada akhbar? Kerana melayu merupakan integerasi perdana negara. Itulah jawapan bagi persoalan yang timbul. Seharusnya mereka ini menunjukkan nilai keislaman. Bukan kebaratan. Bukan nilai Zionis.

Di sana-sini cerita timbul mengenai aksi panas remaja kita. Lubuk Tupah, Pramugara Terlampau dan banyak lagi.Di manakah letaknya kemelayuan kita? Cis, laknat Yahudi! Habis pemikiran anak muda Malaysia kau cabuli. Bermahajaralela jeneral-jeneral syaitan .Mereka ketawa melihat aksi-aksi remaja melayu kita. Hahahaha!!! Anak Adam memang mudah ditewaskan oleh tentera-tenteraku. Aku sedih. Sedih dengan perubahan sosial yang ketara ini.

—————————————————————————————————————————————————————————–

Aku mengimbau kembali di kala zaman remajaku. Zaman sebelum perubahan ketara berlaku. Zaman di mana gadis melayu masih mempunyai nilai kemelayuan. Ibubapaku merupakan penoreh getah. Kehidupan remajaku memang mencabar, Susah. Aku terpaksa berbasikal sejauh lapan kilometer, semata-mata mahu mengaut ilmu daripada guru-guruku. Niatku mahu menabur jasa pada bangsa. Aku tidak dapat menikmati segala kemewahan yang aku kecapi masa kini. Hidupku serba-serbi kekurangan. Tiada televisyen. Tiada komputer. Hanya beberapa buah novel sahaja menjadi temanku. Aku gembira walaupun sedar akan kekurangan ini. Waktu remaja adalah detik manis buatku. Pengalaman yang dilalui banyak mengajar aku menjadi insan yang tabah. Insan yang menuju kekamilan. Insan yang berguna.

Aku tesedar dari imbaun. Segera aku teingatkan kembali Imani. Hanim! Kisahnya belum lagi aku rencanakan. Aku melihat jam. Sudah tiba waktu untuk aku bersantai. Aku segera mencapai kunci motorku dan menunggangnya keluar ke kotaraya. Aku berlegar-legar sambil memerhatikan pemandangan kotaraya. Kaki lima hari ini kelihatan lengang. Kosong. Tiada kutu tembok di sana. Aku percaya, seminggu lagi, kotaraya ini bakal dipenuhi remaja-remaja. Maklumlah, cuti sudah tiba. Setelah meminum secawan kopi, aku segera pulang ke pejabat. Rencana panas itu harus aku siapkan. Moto dihidupkan dan…
“Vrrrooommm…” berdesup motoku memecut laju.

Tugasku yang tergendala disambung kembali. Kisah Hanim masih tergantung. Fikiranku kembali mengenangkan nasib gadis bernama Hanim. Dia menjadi mangsa kepada syaitan bertopengkan manusia. Dia hilang arah. Benteng imannya berjaya ditembusi peluru nafsu. Teringat aku akan ungkapan Imani. Ungkapan yang membuat kepedihan melabuh di sanubari. Adiknya kini bukan lagi gadis sunti. Makhhota sang puteri telah berjaya dicuri. Si pencuri pula, ketawa tiada henti. Masa berlalu tidak dapat dikembalikan. Benar kata pepatah melayu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Bukan Hanim seorang gadis yang telah hilang daranya. Aku percaya, ramai lagi gadis seperti Hanim. Ada yang dipaksa dan ada pula yang rela. Oh Tuhan, lihatlah kelakuan hambamu ini! Rintih hatiku ini.

Bukankah Allah sudah berfirman di dalam surah Isra’
Walatarabuzzina: “Janganlah engkau mendekati zina.”
Tetapi mengapa kita ingkar? Menghampiri zina sudah
dilarang inikan pula berzina. Aduh! Kekesalan menyelubungi
benak hatiku ini. Hanim kini ditinggalkan kekasihnya. Lebih
parah, dia kini hamil! Astagfirullah!!! Apa yang sudah jadi?
Jejaka keparat itu tidak mahu menanggung ke atas apa
yang telah dia perlakukan. Sedih aku melihat keadaan Hanim.
Baru tingkatan empat, perutnya sudah membusung.
Namun ini salahnya juga. Sewaktu bersuka ria,
tak ingat dunia. Hukum hakam, habis dihentam. Bagi
mereka, cinta tiada sempadan. Bebas! Tetapi bila berlaku begini, masing-masing mencabut diri.
Hanim pula, dibiar terkapai-kapai. Hish!!! Kenapa sewaktu mula dahulu mereka tidak memikirkan akibat yang bakal menimpa. Mujurlah keluarga Hanim berfikiran terbuka. Kasihan aku melihat Imani. Bergenang air matanya saat dia menceritakan kisah ini kepadaku.

Kelakuan remaja melayu kian menggila. Lihat sahaja di pusat-pusat membeli belah. Seperti lalat menghurung sampah. Betapa banyaknya pasangan-pasangan muda di sana. Entah khawin entah tidak. Aku tidak dapat menjawab. Aksi bercumbuan sudah menjadi asam garam. Berpegang tangan? Ah, perkara biasa sahaja! Ke sana ke sini, tangan si gadis digenggam erat si jejaka. Didikan agama habis dilemparkan. Itu yang di depan mata kita. Yang tersembunyi belum kita lihat lagi.

Aku banyak beristighfar. Ya Allah, lindungi zuriatku daripada kemaksiatan sebegini. Hatiku berdoa. Sifat malu langsung sepi daripada remaja. Ya! Yahudi memang hebat. Yahudi memang habat. Habis remaja kita kau rosaki. Sekali lagi negara kita dijajah. Bukan lagi secara fizikal, tetapi mentaliti. Penjajahan kali ini lebih kritikal. Sukar untuk diusir. Manusia seolah-olah kembali ke zaman jahiliah. Bersikap retrogresif. Malah lebih teruk. Itulah lumrah yang tersurat. Kegiatan ini seolah tidak dibendung. Ke mana hilangnya alim ulama’? Ah, bencinya aku! Gadis melayu memang murah! Mudah didapati, hanya berbekalkan air liur. Senang cair akan pujuk rayu. Cukup dengan tutur kata. Dayus. Seringkali aku terdengar, untuk mendapat gadis-gadis ini, cukup sekadar membelanja mereka makan. Ah, meluat aku!. Meluat dengan tingkah laku remaja melayu millenium. Kenapakah gadis kita mudah jatuh terhadap pujuk rayu jejaka? Adakah Malaysia ketandusan jejaka beriman? Mungkin.

Sampai bila perkara sebegini akan berterusan? Tidak takutkah mereka akan bala Al-Hakam? Iktibar langsung tidak diambil. Walhal, telah banyak petanda Allah ditunjukkan. Lihat sahaja jerebu yang melitupi langit-langit Kuala Lumpur. Bukankah itu satu amaran daripada Allah Al-Qawi? Jangan sesekali dicabar amarah-Nya. Sekali bala menimpa, seluruh warga menjadi mangsa. Tetapi, remaja kita masih bergelak ketawa. Angkuh dan ego dengan Pencipta. Seolah-olah, tiada bala yang akan menimpa. Bermacam-macam gelaran diberikan kepada gadis-gadis melayu kita. Bohsia, pelacur, balanced, barai, gedik dan cikaro! Ah, banyak lagi gelaran diberikan! Ianya sudah sinonim dengan mereka. Sudah melekat. Kini, bukan sahaja Kuala Lumpur menjadi sarang kupu-kupu malam ini, di mana-mana sahaja khidmat mereka tersedia. Tidak malukah mereka? Tiada maruahkah mereka ini. Gadis sahaja tidak harus dipersalahkan. Lelaki. Lelaki juga harus dipersalahkan. Kerana kemiangan merekalah, gadis-gadis ini tumbang. Hanyut di tengah-tengah ranjang.

—————————————————————————————————————————————————————————–

Aku cuba mengkaji. Apakah punca
sebenar masalah ini. Daripada sudut
pemikiranku, aku berpendapat bahawa
sms yang menjadi punca segala keruntuhan
moral ini. Sms umpama ibu kepada
kemaksiatan ini. Memang tiada pengharaman
sms di dalam al-quran. Tetapi, kita sendiri
yang menjadikan sms itu haram. Buat sesuatu
itu biarlah berpada-pada.Mula-mula
hanya berbual melalui sms, lama-kelamaan
timbul rasa ingin berjumpa. Hah, bila jejaka
dan si gadis keluar bersama, prebet-prebet
syaitan menjalankan tugas!

Setelah termakan dengan hasutan, bercengkeramalah anak Adam. Syaitan pula bersorak kegembiraan. Adegan-adegan berahi bermula. Mula-mula bersentuhan. Lama kelamaan, berpegang tangan. Komando syitan pula menghasut. Tewas. Anak Adam tewas lagi. Ciuaman mula dihadiakan si jejaka. Ah, pening aku memikirkan segalanya! Jelek! Jelek aku dengan anak muda melayu. Tak senonoh. Adakah bercumbuan di khalayak ramai? Hoi, haiwan pun tahu malu! Inikan manusia berilmu. Gertak hatiku ini. Kalau dah suka sama suka, kenapa tidak segera bernikah? Belum bersedia? Ah! Alasan semata-mata. Kalau dah diijab kabulkan, nak buat apa sahaja pun merdeka. Ini tidak, selepas mendapat madunya, hilang entah ke mana. Keinsafan langsung hilang dari hati.

Itu baru yang dihadapan mata. Berapa ramai lagi yang akan tewas? Memanglah perkara ini dianggap remeh temeh. Bukan lagi perkara eksentrik. Namun, ini harus dibendung. Takdir dan agama tidak harus dipersalahkan. Bukankah setiap agama mendidik umatnya supaya menunjukkan nilai murni? Almaktub Buddha, Hindu, Kristian dan Islam tidak pernah mengajar remaja berlaku sedemikian rupa. Semua ini lahir daripada diri individu sendiri. Bertambah pula dengan hiburan durjana. Habis! Habis rosak remaja melayu. Semuanya tergila-gila mahu bergelar artis. Hoi, remaja! Macamlah Malaysia kekurangan kerja. Carilah sumber rezeki yang lebih mulia. Kerana mengejar populariti, aqidah ditenggelami. Sedarkah mereka, segala hiburan itu hanyalah taktik Barat. Taktik bagi memusnahkan umat Islam seantero dunia. Sedikit demi sedikit akal dan hati diracuni. Lama-kelamaan. Lihatlah, beginilah jadinya. Hancur! Hancur sosial remaja kita.

Mungkin inilah sebab aku menjadi wartawan. Aku cuba memerangi kebejatan ini. Aku sedar yang aku ini insan biasa. Aku juga pernah melalui zaman remaja. Namun tidaklah seteruk ini. Rencana mengenai Hanim harus aku siapkan supaya anak muda kita bangkit daripada fantasi ini. Aku hanya mampu membikin rencana sebagai iktibar buat anak muda. Ulama’ harus mempergiatkan dakwah mereka. Kerajaan harus mengambil serius perkara ini. Jika beginilah sosial anak muda Malaysia, tidak mustahil, negara kita bakal tersungkur dikaki barat dan Zionis.

Hei, remaja! Lihatlah kekuasan Allah. Tidakkah kamu takut. Aku juga takut akan kekuasaan-Nya. Kun faya kun – “jadi maka jadilah ia.” Sesaat sahaja Acheh musnah. Sedtik sahaja Phuket ditenggelami tsunami. Namun di Malaysia, hanya tempias diberikan, Kesedaran tidak juga timbul. Lupa dunia. Gembira berpesta. Maksiat berleluasa. Alangkah sedihnya Rasullulah, andai dilihat umatnya berlaku sebegini rupa. Kealpaan menjadi-jadi. Benar! Melayu mudah lupa. “Ummati, ummati, ummati,” kalimah yang diucapkan Rasulullah disaat kewafatan baginda. Cetek sungguh pemikiran remaja kita. Dunia ibarat pentas, manusia sebagai pelakon. Syaitan pula tersengih menonton. Aku juga pilu. Sebak hatiku ini kian menular. Remaja Malaysia! Bilakah kamu semua mahu bangkit daripada fantasi dunia?

Aku tersedar dari lamunanku. Komputer ribaku masih terhidup. Rencana ini masih tidak dimulakan. Aku harus menyiapkanya. Terlintas dipemikiranku, sungguh murah harga gadis melayu. Cukup sekadar belanja. Cukup sekadar kata-kata. Inikah harga seorang gadis melayu? Inikah harga sekuntum mawar?

Mengenal Tingkat Keyakinan Diri

Friday, August 19th, 2005

SAUDARAKU, bila seseorang ragu akan keagungan Allah, namun lebih yakin pada kemampuan dirinya dengan pertolongan makhluk, maka jangan salahkan siapa pun kalau dalam hidupnya ia akan menemukan banyak kekecewaan.

Barang siapa ingin hidupnya selalu dilindungi, dibela, dimudahkan urusannya oleh Allah, dikabulkan doa-doanya, tetapi tidak pernah bersungguh-sungguh untuk meningkatkan mutu keyakinannya kepada Allah, maka keinginannya hanya akan menjadi sebuah angan-angan. Apalagi bila tanpa usaha nyata untuk mewujudkannya

Ketahuilah, hanya Allah-lah yang seharusnya cukup menjadi penolong baginya, yang menjamin segala urusannya. Tidak ada satu pun penghalang jaminan Allah, kecuali su’udzan (buruk sangka) dari makhluk itu sendiri.

Kita harus terus meningkatkan mutu keyakinan kepada Allah, agar Allah juga selalu yakin untuk memberikan apa pun yang kita minta dan yang tidak kita minta. Lalu bagaimana cara meningkatkan keyakinan diri?

"Ilmul yaqin"

Ilmul yaqin adalah orang yang menyakini segala sesuatu berdasarkan ilmu. Misalnya, di Mekkah ada Kakbah. Kita percaya, karena menurut teorinya begitu, ilmunya begitu. Apa pun yang terjadi pada Kakbah kita percaya, karena belum tahu yang sebenarnya bagaimana.

"Ainul yaqin"

Ainul yaqin adalah orang yakin karena telah melihat dengan mata kepala sendiri. Orang yang telah pergi ke Mekkah, bisa melihat sendiri Kakbah. Keyakinannya akan berbeda dengan orang yang yakin berdasarkan teori atau ilmu. Orang
yang mengatakan Kakbah itu ujungnya bulat, kalau hanya dengan ilmu bisa jadi kita percaya. Tapi bagi orang yang telah melihatnya akan berkata sesuai dengan yang telah dia lihat.

"Haqqul yaqin"

Haqqul yaqin adalah orang yakin dan terbukti kebenarannya. Orang yang telah merasakan lezatnya tawaf, berdoa di Multazam, merasakan di ijabahnya doa, dan mengatakan Kakbah itu luar biasa sekali. Setelah pulang, doa kita diijabah dan susah didustakan. Akan semakin berbeda keyakinannya
dengan orang yang hanya yakin berdasarkan ilmu saja tanpa merasakan bukti kebenarannya.

Inilah cara untuk meningkatkan keyakinan kita. Ini juga yang menjadi tingkat keyakinan tertinggi kita, sehingga tidak bisa digempur dari sisi mana pun. Mulailah dari ilmul yaqin, ainul yaqin, dan akhirnya dengan haqqul yaqin. Hanya itulah yang akan meningkatkan keyakinan kita kepada Allah.

Semua yang ada di dunia adalah total milik Allah. Maka orang-orang yang hatinya bergantung kepada selain Allah, dia akan sangat rugi. Yakinlah, Allah yang akan mengatur segalanya. Kita sering mengatakan, "Allah…Maha- kaya." Tapi terbukti kita masih risau takut tidak kebagian rezeki.
"Allah Maha Penentu", "Allah yang menciptakan segala sesuatunya berpasang-pasangan", tetapi kita masih waswas tidak mendapatkan pasangan. Kita sering memuji kebesaran nama Allah, tapi kita sendiri ­kadang-kadang­ malah tidak
melakukan hal yang sesuai dengan apa yang kita katakan. Inilah pertanda kalau kita masih ainul yaqin belum sampai pada haqqul yaqin.

Saudaraku, semua yang ada di dunia adalah titipan semata, dan kita harus menjaganya sesuai dengan aturan Allah. Segala sesuatu akan kembali kepada-Nya. Untuk itu, sebelum segalanya kembali, kita harus pandai-pandai memanfaatkannya. Yakinlah, kita adalah milik Allah dan akan
kembali ke hadapan-Nya. Jangan pernah ragu akan sesuatu yang Allah miliki. Kita bukan pemberi hidayah, hanya Allah pemberi hidayah.

Kita berjuang memuliakan orang tua kita, bukan berarti kita sanggup memberikan petunjuk. Kita berjuang memuliakan mereka lewat doa dan perbuatan, dengan harapan Allah yang memberi petunjuk. Kita berjuang untuk mendapatkan hidayah. Jika Allah belum berkenan untuk memberikannya, kita tidak perlu kecewa. Allah pasti mencatat apa yang kita perjuangkan dan mungkin suatu hari Allah menghendakinya. Jika Allah telah mengizinkannya siapa yang bisa menghalanginya?

Kita harus mampu meningkatkan keyakinan kepada Allah, jangan hanya mengakui secara lisan. Yakinkan diri saat kita berdoa. Lakukan dengan sungguh-sungguh. Kita tidak perlu takut mati dan khawatir akan nafkah untuk anak dan istri kita. Selama hidup dan sampai kapan pun, bukan kita yang membiayainya, melainkan Allah. Untuk itu, cobalah terus untuk mendekatkan diri dan menyakinkan diri kepada Allah, di samping ikhtiar yang sempurna.

Dia lah Allah yang tidak akan pernah lupa kepada orang-orang yang yakin kepada-Nya. Walau kita punya uang, punya usaha, tetap minta agar Allah mencukupi. Hakikatnya semua yang kita miliki adalah dari Allah, dan itu adalah titipan-Nya.

Kita tidak boleh berbuat zalim kepada orang lain. Cobalah untuk rendah hati dan tawadlu. Penghargaan akan datang kepada kita tanpa harus berbuat zalim kepada orang lain. Kita harus belajar yakin bahwa tidak ada satu pun pengundang bencana, kecuali perilaku kita sendiri dan tidak
ada yang bisa menolong kita selain Allah.

Maka, sempurnakanlah ikhtiar kita sesuai dengan sunnatullah. Kejarlah pertolongan Allah, yaitu inayatullah. Semoga Allah menolong kita menjadi orang yang selalu rindu, bisa mengenal Allah dengan baik, dan diberi karunia keyakinan yang mantap. Orang-orang yang murtad dari agama, bisa jadi karena dia baru sampai pada ilmul yaqin. Yakin kepada Allah berdasarkan ilmu saja tidak cukup karena belum meresap ke dalam jiwa.

Sahabat, ternyata nurul yaqin atau cahaya keyakinan yang tersimpan di dalam hati seorang hamba Allah yang arif dan berkeyakinan teguh, datangnya dari khazanah kegaiban Allah Ta’ala. Alam semesta ini menjadi terang benderang karena
cahaya benda-benda langit yang diciptakan Allah. Sedang cahaya yang menerangi hati manusia adalah nur dari sifat-sifat Allah. Cahaya yang tampak adalah bekas cahaya yang diciptakan Allah, dan cahaya yang tidak tampak adalah cahaya dari sifat-sifat Allah.

Saudaraku, Allah SWT tidak bisa dilihat oleh mata karena mata ini terlalu lemah, melihat yang jauh saja tidak mampu, begitu pula untuk melihat yang sangat dekat. Orang yang hatinya diberi cahaya oleh Allah ketika melihat sesuatu, hatinya pun ikut melihat keagungan Allah. Misalnya seseorang yang hatinya telah diberi anugerah cahaya Allah,
maka ketika ia memandang keindahan alam semesta hatinya pun akan ikut merasakan keagungan Allah Yang Menciptakan alam ini.

Maka orang-orang yang hatinya bersih, dia akan melihat alam ini berbeda dengan yang terlihat oleh mata. Misalnya ada orang yang terpesona kepada boneka, dan dipujinya pabrik yang membuat bonekanya itu. Akan tetapi lain lagi dengan orang yang mata hatinya terbuka; mata melihat boneka dan hati melihat Allah. Artinya, ia akan semakin kagum dengan ciptaan Allah berupa manusia, termasuk dirinya.

Ya, sebab pertanyaannya, kenapa kita kagum kepada orang-orang yang membuat boneka, tetapi tidak kagum kepada anak yang memainkan boneka? Seharusnya melihat boneka saja kagum, apalagi melihat anak-anak yang memainkan boneka, padahal anak-anak yang memainkan boneka itu bisa menangis, bisa tertawa, bisa makan, dan lain sebagainya. Sedangkan boneka? tidak bisa apa-apa! Sungguh aneh, pabrik boneka dipuji, tetapi Pencipta anak-anak yang memainkan boneka tidak dipuji.

Kalau hati tertutup, maka dunia ini menakutkan. Melihat uang takut tidak mendapatkan bagiannya. Ketika sudah dapat, justru takut hilang. Akan tetapi bagi orang-orang yang hatinya terbuka, insya Allah tidak ada kerisauan tentang rezeki. Rezeki sudah pasti Allah yang membagikan, tidak akan pernah tertukar.

Marilah kita rasakan, apa pun yang kita raba dengan indra membuat kita mengenal hikmah di balik setiap kejadian yang ada. Hati-hati menjaga diri. Bencana tidak akan pernah menimpa kita, kecuali hasil perbuatan kita sendiri. Wallahu`alam bishawab.**

Tiada yang indah

Friday, August 19th, 2005

Tiada yang indah bagi ibu bapa selain mendapat anak yang soleh dan solehah dan yang mendoakan kebahagiaannya
Jadilah anak yang soleh dan solehah
Tiada yang indah bagi guru selain melihat kejayaan anak muridnya dan ilmu yang diajar dimanfaatkan oleh anak muridnya
Usahalah sehingga berjaya
Tiada yang indah bagi pejuang selain meraih kemenangan dan gugur syahid
Jadilah syuhada’ fi sabilillah
Tiada yang indah bagi kekasih selain kasihnya tidak dikhianati dan kesetiaan dari pasangannya
Hindari diri dari mengkhianati

Tiada yang indah bagi suami / isteri selain mendapat suami / isteri yang soleh dan solehah serta hidup bahagia
Wujudkanlah keluarga bahagia
Tiada yang indah bagi kawan selain mempunyai kawan yang bersama saat susah dan senang dalam merempuh ranjau perjuangan
Jadilah kawan yang baik
Tiada yang indah bagi pelajar selain memperolehi kejayaan dan mendapat ilmu yang berkat
Carilah ilmu yang berkat
Tiada apa yang indah
Ingatlah
Andai tercapai apa yang diingini bersyukurlah pada Illahi kerana semua nikmat daripadaNya
Kita tiada kuasa untuk mengadakannya cuma kita perlu berusaha hingga berjaya
Dan andai tidak berjaya janganlah berputus asa
Usaha semula selagi daya dan jangan menyalahkanNya
Cuma kita lihat diri kita mungkin ada yang tak kena
Yang pasti tuntutan Yang Esa itu yang utama

Bagaikan Ikan Mencari Lautan

Friday, August 12th, 2005

Alkisah ada dua pemuda yang tengah duduk santai di tepi pantai menikmati indahnya lautan diterpa oleh cahaya matahari sore. Tak habis-habisnya dua pemuda tadi memuji warna lautan yang yang amat luas dan biru berkilauan, serta sangat kaya dengan mutiaranya yang amat termasyhur yang selalu dicari-cari manusia, bahkan juga menjadi kebanggaan permaisuri raja.

Rupanya kekaguman dan pujian dua pemuda tentang lautan tadi didengar oleh dua ekor ikan yang lagi berenang ke tepian. "Wah kalau manusia saja jauh-jauh datang ke sini untuk menikmati indahnya lautan, mengapa kita tidak turut melihat seperti apa indahnya lautan itu?" kata seekor ikan kepada temannya. "Ya’ kata manusia tadi lautan juga memiliki mutiara yang sangat indah dan mahal harganya, bahkan jadi kebanggaan permaisuri raja", sambungnya. Maka dua ekor ikan tadi sepakat untuk meneruskan perjalanan ingin menemukan dan menikmati indahhnya dan luasnya lautan.

Demikianlah dua ekor ikan tadi terus berenang bermil-mil untuk menemukan lautan yang telah dipuji-puji manusia. Dari hari ke hari, dari minggu ke minggu dan dari bulan ke bulan, bahkan tahunan sampai dua ekor ikan tadi akhirnya mati namun keduanya merasa belum berhasil menemukan lautan.

Mungkinkah nasib kita seperti ikan tadi? Mereka sesungguhnya sudah berada di dalam pelukan lautan yang begitu luas, indah dan nyaman namun keduanya tidak mampu merasakan dan melihatnya.

Begitu luas dan lapangnya lautan sehingga dia tidak pernah menolak aliran sungai dari manapun datangnya, entah bersih ataupun kotor airnya. Permukaan airnya ditawarkan pada matahari untuk memproses terjadinya penguapan sehingga tidak lagi asin rasanya, lalu dikirm ke darat melalui angin untuk menyuburkan bumi demi memenuhi kebutuhan manusia.

Begitu luas, indah dan dermawannya lautan, namun ikan tidak mampu melihatnya karena tidak mampu menciptakan jarak imajiner. Ikan-ikan itu sudah dalam pelukan lautan, tetapi sekali lagi mereka tidak memiliki kapasitas intelektual dan hati untuk melihat (syuhud), karena mereka memang bukan manusia yang di dalamnya ditiupkan ruh Illahi serta nalar.

Sebagaimana ikan dan lautan, manusia hidup dalam jagad raya yang demikian luas dan penuh pesona serta selalu menyediakan apa yang kita butuhkan. Masihkan kita bertanya adakah dan dimanakah Tuhan sebagaimana ikan akhirnya mati tanpa menemukan lautan?

Tuhan adalah Sang Pelukis Agung, alam semesta adalah kanvas dan hasil lukisan-Nya. Tuhan adalah Sang Penari Agung, gerak alam raya yang demikian akbar adalah bayangan tarian-Nya. Tuhan maha pengasih, semesta yang begitu mempesona adalah belaian kasih-Nya pada manusia.

Atau mungkin saja manusia bagaikan kelelawar yang tidak bisa terbang siang karena matanya tidak mampu menatap gemerlap cahaya matahari? Atau mungkin matahati kita yang tertutup?. Ketika kita memulai pekerjaan dengan membaca bismillahirrahmanirrahim, pada tahap awal bisa jadi kita maksudkan untuk memohon bimbingan dan ridho-Nya agar yang kita lakukan mendatangkan keberhasilan dan keberkatan.

Tetapi jika kita hayati terus lebih mendalam lagi, bisa jadi kita akan sampai pada kesadaran bahwa apa yang kita perbuat atas nama Tuhan, sehingga harus dipertanggungjawabkan pada-Nya. Dan kalau kita masuk dan pasrah lebih dalam lagi pada Allah, kita sadar bahwa kita
sesungguhnya tidak memiliki daya dan upaya, bahkan kita tidak memiliki diri sendiri sehingga sesungguhnya kita berbuat dan hidup ini sudah di dalam genggaman dan kekuasaan Allah. Tetapi mungkin sekali kita bagaikan ikan yang selamanya dalam pelukan lautan, tetapi tidak pernah
menyadari.

Bukankah salah satu sifat Allah adalah Al-Muhit, yang maha melingkupi? Bisakah kita keluar dari pelukan kasih-Nya?

Allah berfirman:

Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap di situlah Allah Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui (Al Baqarah : 115)

Ungu Violet

Thursday, August 4th, 2005

Satu lagi filem dari seberang yang bakal meletup di Malaysia ialah UNGU VIOLET. Promosi untuk filem ini saja sedang giat dijalankan secara besar-besaran, terutamanya di kaca-kaca televisyen. Pelakon filem ini siapa lagi kalau bukan pelakon remaja yang sedang rancak mencipta nama, iaitu Dian Sastrowardoyo. Sehebat manakah filem ini, marilah kita review sikit. Paling penting, mampukah ia menggugat populariti ‘Ada Apa Dengan Cinta’? Jom baca sinopsis filem cinta agung ini.

SINOPSIS ( dalam bahasa Indon hehe)

Lando (Ricky Hanggono) seorang fotografer yang baru saja ditinggal tunangannya. Dalam kegalauannya ini dia bertemu dengan seorang gadis penjaga ticket busway yang bernama Kalin (Dian Sastrowardoyo). Lando pun kembali menemukan gairah hidupnya. Tapi hal ini tidak berlangsung lama, karena tanpa alasan yang jelas Lando meninggalkan Kalin begitu saja, yang membuat Kalin marah dan sakit hati.

Waktu terus berlalu, Lando yang tetap dengan kegalauannya mendapatkan Kalin sekarang telah menjadi seorang super model, dia melihat kehadiran kalin dimana-mana.

Timbul kerinduan dan keinginan untuk menemui Kalin kembali dan menjelaskan alasannya dulu pergi. Akhirnya kesempatan itu didapatnya, dia berhasil menemui Kalin, tapi lagi-lagi pertemuan ini berakhir dengan tragis karena Kalin mengalami kecelakaan dan mengakibatkan dia buta. Walaupun kemudian Kalin mendapatkan donor untuk kornea matanya yang membuat dia bisa melihat kembali, tetapi dia tidak melihat kehadiran seorang Lando, laki-laki yang sebenarnya sangat dia cintai.

Bisakah Kalin akhirnya bertemu dengan Lando, atau apakah kornea mata itu??

BEGITU SEMPITNYA WAKTU, BEGITU BESARNYA CINTA

WATAK-WATAK:

Dian Sastrowardoyo sebagai Kalin
Rizky Hanggono sebagai Lando
Rima Melati sebagai Nenek Kalin
Syarifa Zifa sebagai Erlina
Agastya Kandau sebagai Rudi
Gary Iskak sebagai Riza
Ade Irawan sebagai Nenek Budiati
Titi Qadarsih sebagai Nenek Kartika
Rosaline Oscar sebagai Nenek Wilhelmina
Katinka sebagai Rara

Penampilan Khusus :
Niniek L. Karim sebagai Dr. Astrid

Penata Busana : Chitra Subijakto, Bimo Subagyo
Penata Artistik : Frans XR Paat
Penata Suara : Satrio Budiono, Adi Molana
Ilustrator Musik : Piyu Padi
Penata Fotografi : Yudi Datau
Editor : Sastha Sunu
Penulis Skenario : Jujur Prananto
Line Produser : Wahyu Indra, Dani Sapawie
Co-produser : Heru Hendriyarto, Mitzy Christina, Novi Christina
Eksekutif Produser : Leo Sutanto, Elly Yanti Noor

Produser : Cindy Christina
Sutradara : Rako Prijanto

Produksi : Sinemart Pictures
Durasi : 115 menit

Tayangan di Malaysia: 4 Ogos 2005