August 10th, 2009 by nurulh0102
Salam sayang… hari ni genap 3 bulan 10 hari hubby aku kat Lubnan, sayu hati bile aku ingat-ingat detik dia berlepas ke sana… tapi aku tahu aku tabah, aku ada Najwa, diala peneman setia aku… dan dalam tika aku sibuk sekarang ni bila aku dah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus, ada hikmah yang tertulis untuk aku di sini… fokus aku pada kerjaya dapat aku berikan sepenuhnya dalam aku nak melupakan kesedihan yang aku alami… Mak aku selalu pesan, tak semua orang boleh sabar macam aku dan aku percaya tu…. dalam keadaan mak abah ngan mertua jauh di mata, aku pikul tanggungjawab sendirian menjaga anak aku… takpela… sememangnya aku redha… aku sabar sebab aku sayangkan suamiku…. aku sayangkan anakku… dan aku tahu dalam keadaan menahan kesabaran untuk menanti hubby aku balik, kasih sayang aku padanya makin menebal… dan aku makin menghargai kehadiran dia dalam hidupku….
Kadang-kadang aku selalu menahan diri untuk keluar berjalan-jalan hujung minggu kalau tiada urusan yang penting… aku malas nak tengok keadaan sekeliling aku yang berpasang-pasangan bersama anak-anak, sedangkan aku hanya berdua…. tetapi kadang-kadang aku buang juga perasaan aku tu jauh-jauh sebab aku kesiankan najwa… aku bawa dia pegi taman mainan, bawak dia pegi zoo, semata-mata tak nak bagi dia rasa kekurangan….
Kesabaran mama masih menebal syg…. bulan Januari 2010, suamiku pulang…. dan selama itulah aku sanggup untuk bertahan…. Love u so much Sayang…
Posted in Uncategorized | No Comments »
July 10th, 2008 by nurulh0102
Lama gak aku tak masuk blog ni… biasalah time gembira tak nak tulis, time gundah gulana baru la nak tulis… hampeh betul aku ni… aku nak cite satu kes sengal aku dah buat… untuk para-para isteri kat luar sana… janganla jadi sengal mcm aku…
citernya mcm ni…hari ni hubby aku dah terbang ke Pulau Papar… aku hantar dia kul 4:00 pg td… konon steady aa… depan dia aku steady la… gerak masuk kete je… kuar aaa air mata duyung…. syahdu tu… aku syahdu sgt bkn sbb ape… aku ada wat salah kat dia…
smlm aku tgh hantar report event kat boss aku… bleh dia kata aku hantar kat boipren… agak-agak la kan.. bukan dia tak pernah nengok aku selalu antar report tak kire siang malam… pastu rampas tepon aku…nk nengok sms katenya… hanginla aku satu badan… aku malas nak layan… aku pun terus main game pacman… saje je aku bukak sound kuat-kuat… time tu nk magrib dah… dengki ngan aku…. dia letak anak kat aku time aku syok ni score mata… aku pun tinggalkan anak ngan bodo selambanya… lg la org tua tu hangin kat aku… hu hu…
aku pun bwk laptop duduk kat ruang tamu…. dia dengki lg… boleh dia tekan byk-byk kali kat keyboard laptop aku… terus aku jd tak waras jap… aku baling porch bag dia… tak nampak la benda tu tak zip… terburai semua isi kaduk sentimental dia… apa lagi… merajuk aaaa… dia kata lak…. "ingat papa tunggul ke"… pastu menonong kuar umah… aku pun sentimental la plak lps tu… kire kuang ajar la aku wat camtu… mcm tak hormat dia lak…. abis tindakan spontan… pc aku ‘hang’ dia wat camtu…tapi mmg aku tak sangka lak benda tu nk terburai…
pastu dia balik la … 15 minit je dia kuar… tak bestnya… dia buat dekkkkkkkkk je kat aku… pandang pun idak… sepatutnya aku gi pujuk la (time aku pikir warasla) … ni tak…. aku salin je baju… terus menonong je aku kuar… sebenarnya aku nak gi bank…. amik duit belanja… tapi nak wat gimik…. aku kuar time tu… aku pun nak merajuk gak…. dia ingat aku nak gi kedai… dia tak layan la…. selalunya aku salam dia… biarpun nak gi kedai bawah… konon nak merajuk… aku menonong gak le… nampak je kete gerak… dia terus call aku… apa lagi aku off le tepon… aku dah budget… aku nak gi bank lumut… pastu saje nak gi sitiawan… baru la lama sket gap aku kuar… hu hu…sampai je u-turn sitiawan… aku on le tepon balik… 43 miss call… dosa dah aku tu… pastu no umah mak aku naik… kompem dia ngadu ngan mak aku… tapi aku tak angkat la… nak mati… bebel mak aku konpem sekarung nye… tak sanggup aku dengar…
aku pun angkat le tepon bila hubby aku call skali lg… tapi aku senyap la… saje je nak dengar dia bebel… dia kata… ‘papa kata balik…. jgn nak buat perangai…. ‘ aku senyapla…. malas nak kata ape… sayang jugak dia kat aku… huhu…
yang kelakarnya… sampai je kat umah… dia tunggu aku ngan hanger… aku yang buat muka syahdu… terus nak tergelak… nak cover aku masukla bilik… tak kan nak bagi dia nampak aku nak tergelak…
dia pun bedal la aku ala-ala manja… bagi nasihat kat aku… dia kata dia suami… dia bukan apa… dia mintak aku hormat dia sebagai suami…bukan layan dia macam adik aku… betul jugak… aku pun mintak maafla…. bleh dia kata tunggu raya…. nanti kalau dia maafkan aku, aku buat perangai lg….
bile dia dah pergi pulau hari ni… baru la padan ngan muka aku… kadang-kadang aku rasa bagus gak dia pegi pulau… baru la aku tahu erti menghargai… hubby aku tu baik sangat kat aku… aku je yang selalu buli dia…. baru la padan ngan muka aku….
mama sayang papa… mama tunggu papa balik ek… love u so much… Ya Allah…. aku nak sangat jadi isteri yang baik untuk suamiku…. aku harap sangat aku dapat berubah, menjadi isteri yang lebih matang…. bukan sengal-sengal cenggini… Amin…
Posted in Ada Apa dengan CINTA | 1 Comment »
February 15th, 2008 by nurulh0102
I love the way you touch me
so soft and sensuously.
It makes me tingle all over.
I love the way you kiss me.
It starts a fire deep down inside of me
and makes me yearn for you even more.
I love the way you look at me.
It makes me feel beautiful and treasured.
Most of all I love the way you love me.
When you walk in my whole day gets better.
And even when you’re not with me
you’re in my thoughts always.
It doesn’t matter what we don’t have or what we do have.
The most important thing is we have each other
and no one can take that away.
I am the luckiest woman in the world
and I don’t need or want anything
but you beside me loving me to the end of our days.
Posted in Kesayanganku | No Comments »
December 25th, 2007 by nurulh0102
Hari ini genap 12 hari suamiku berada di sempadan Filipina/Sabah. Masih teringat lagi pukul 4 pagi 13/12/07 … aku hantar dia ke markas… aku salam tangannya… aku peluk dia… rasanya tak mahu aku lepaskan dia pergi… tapi aku kuatkan semangat… aku isteri seorang tentera… aku kena tabah macam dia… aku tahu dia tahan sebak masa dia tinggalkan aku…. aku kesat air mata aku supaya tak keluar bila dia kucup dahi aku… aku tak nak dia rasa serba salah untuk pergi. " Jaga diri baik-baik ye sayang… Jaga Najwa"… itulah amanah dia…. Allah sahaja yang tahu betapa rindu aku padanya kini… entah apa khabarnya… aku harap sangat dia sihat… makan ke dia?… aku harap sangat dapat mendengar suara dia… sekejap pun jadilah….aku tahu mesti dia cuba untuk hubungi aku… signal takde kat sana… kat pulau… nak roaming pun tak boleh… tak tahu la selama mana aku dapat bertahan… dulu time pegi Sabah, still dapat call… sekurang-kurangnya aku tak terasa sangat…skang ni langsung tak dapat contact… kalau emergency je aku boleh call markas… mujur ada najwa… boleh temankan aku… dapat juga aku hiburkan hati ni… hati ni Tuhan je yang tahu…. kuatkan semangatku Ya Allah… Tabahkanlah hatiku… Lindungilah suamiku… walau di mana sahaja suamiku berada… aku redha sebab aku tahu dia pergi demi tugas…
aku terasa sangat di pagi hari raya aidiladha… adik ku dapat salam tangan suaminya… sedangkan aku… hanya mampu mengucup sayu bajunya…" Selamat hari Raya Sayang…. Ampunkan segala salah silap mama"… melihatkan wajah anak aku… aku harus kuat…
adik ku selalu kata… dia tak sekuat aku… adik aku hanya nampak luaran sahaja… dalam hati… kuatke aku ni… entahlah… sayang… mama rindu sangat… mama tak pernah rasa macam ni sayang… mama buat-buat sibuk… ada tikanya mama kalah juga…. jaga diri baik-baik ek… mama selalu rindu dan sayang papa…doa mama selalu di bibir… moga papa tabah kat sana… jangan risau… mama boleh jaga diri dan najwa…mama ngan najwa tunggu papa balik awal bulan 2 ni ye…. love u so much…
kalau la mama dapat tahu khabar papa sekarang….????
Posted in Ada Apa dengan CINTA | 2 Comments »
November 8th, 2007 by nurulh0102
embun di pagi buta
menebarkan bau asa
detik demi detik ku hitung
inikah saat ku pergi
oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi
aku tak mudah mencintai
aku tak mudah mengaku ku cinta
aku tak mudah mengatakan
aku jatuh cinta
senandungku hanya untuk cinta
tirakatku hanya untuk engkau
tiada dusta sumpah ku cinta
sampai ku menutup mata
cintaku sampai ku menutup mata
Posted in Kesayanganku | No Comments »
August 24th, 2007 by nurulh0102
Posted in Kesayanganku | No Comments »
July 4th, 2007 by nurulh0102
Dah besar dah anak mama… dah 2 bulan… berat dah 6 kilo… terkejut papa… huhu…baru dia tahu anak dia kuat minum susu… mama bagitahu tak caya… 27/06/07 kene 1st injection… haru gak aku bab-bab nak nengok jarum ni… yang herannya… anak aku nangis kejap je… time kene inject je… lepas tu senyap… terkebil-kebil je mata dia… bile aku pakaikan seluar dia… budak-budak yang kene inject sebelum dia, tak abis lagi melalaknya… papa di kata… anak komandola katakan… ye le tu… tak tahu peha anak tu tembam… tak terjejasnya kalau jarum besar tu… hu hu… anak mama ni makin lama makin cerdik… dah pandai mengagah skang… dah pandai senyum… tu yang buat mama nak tinggalkan sekejap…sayu hati… sayang anak mama… biar pun selalu buli mama malam-malam… takpela… anak mama punya pasal…
dapat nengok najwa membesar depan mata, makin lama makin tembam… tu yang buat semua penat mama hilang… sampai papa pun dah pandai jeles ngan najwa… dua-dua buah hati mama… mama harap time mama keje nanti… Allah permudahkan urusan mama… mama nak jadi mama yang baik dan isteri yang solehah…. kalian doakan ek… okla… have to stop here… bubbye
Posted in Kesayanganku | 1 Comment »
May 20th, 2007 by nurulh0102
Esok genap umur Najwa sebulan (22/05/07)… kejap je masa berlalu… 23/05/07 aku kene bawak dia pegi klinik… pegi timbang Najwa ngan aku sekali… mintak2 turunlah berat badan ni… hu.. hu… duduk kat kampung ni… lepas bidan desa tahu yang ada orang bersalin… diorang datang umah untuk check baby ngan maknya… okla tu kan? xderla dalam pantang nak kene keluar rumah gi wat check up.. aku nak keluar rumah pun… mak aku dah menjerit… takut bentan… jangan memain… mak aku mengalahkan bidan kampung dok monitor je apa yang aku buat ngan aku makan…. kalau part makan yang aku syahdu giler…. makan nasi panas… tabur lada hitam… ngan ikan selar kuning bakar… nak terjeluak aku makan benda alah tu ari2… agaknya muka aku dah macam ikan selar agaknya… sabar je lah… nak cantik punya pasal… mak aku kata la… tu belum ngan jeli gamat… hu… hu… haru… aku ni mmg la sejak drpd azali lagi kuat minum air suam… time cenggini jangan haraplah nak minum banyak… mak aku nengok ujung mata je kalau aku minum lebih… banyak tul protokol… skang ni kire ok skit la… lepas 25 ari pantang ni… mak kau kire consider la… makan lauk.. cam ayam ke… sayur ke… tu pun kuah2 jangan haraple aku bleh telan… lada hitam tu mmg wajible kene tabur…. hubby aku mmg dah awal2 beli set lps bersalin sendayu tinggi kat aku… aku dah start telan dah jamu-jamu tu… aku kalau part makan ubat mmg disiplin… 01/06/07 ni aku balik Melaka… dok seminggu kat sana… kesian mak ngan ayah mertua aku… nak nengok jugak cucu dia… pastu baru hubby aku amik balik Lumut… aku plan balik awal ni bukan apa… kesian kay hubby aku… makan pakai dia tak terjaga… walaupun dia tak kisah… aku mmg kisah… pastu nak gi usha gak babysitter untuk Najwa, since aku nak naik keje awal bulan Julai ni… takdela kelam kabut nanti… mak abah aku dah start monyok kire ari… almaklumla… mengenangkan diorang nanti akan berpisah ngan Najwa… ada gak diorang kenen2 kat aku ngan hubby… suruh tinggalkan Najwa… kesian gak ngan diorang… tapi aku slow talk la… biarlah susah senang aku jaga Najwa… okla… have to stop here… mak aku dah panggil suruh bertungku… dia pun dah siapkan tempat untuk aku menyalai… hu.. hu… adios
Posted in Kesayanganku | No Comments »
May 11th, 2007 by nurulh0102
Posted in Kesayanganku | No Comments »
May 6th, 2007 by nurulh0102
Alhamdulillah pada 22 April 2007 jam 11:32pm aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Kuala Terengganu Specialist Hospital. Sepakat dengan suami tersayang, kami menamakan puteri kami Nur Najwa Khairunnisa bt Napian, cahaya cita sebaik-baik perempuan. Semoga nama yang diberi, menggambarkan peribadi anak kami… Mulanya pada tarikh tersebut, aku sepatutnya ada appointment untuk maternal check up, on the way nak pegi hospital tu perut aku dah start memulas… aku ingat sakit biasa je.. tp Dr Yusoff dah remind aku dah bile aku gi hospital 19/04/07… dia kata kalau aku still tak bersalin sampai hari 22/04/07, dia nak tahan aku the next day… kita mampu merancang… Tuhan yang tentukan… bila sampai je kat hospital… perut aku memulas semacam… Dr Yusoff suruh aku masuk hospital on the dot… nasib baik aku dah prepare bawak barang baby dalam kereta… tak pernah-pernah darah aku naik time check up… hari tu darah aku mendadak naik 154/75 … selalunya area 125/80 ke 130/75 je…. suspen nak masuk hospital kot… kul 11 pagi aku masuk labour room… rahim aku bukak 1cm je… sebab aku sakit… dr masukkan ubat kat rahim aku… aku tenang je lepas tu… darah aku pun dah back to normal… kul 3 ptg… rahim aku bukak 4 cm… time tu la mertua aku sampai untuk temankan aku…parents aku pun ada gak… takdelah aku terasa sangat sebab hubby aku takde time tu…. Dr pun putuskan untuk pecahkan ketuban aku… aku on je la time tu… sebab aku mmg tak sabar2 nak deliver baby…. start daripada time tu… aku sakit… Tuhan je yang tahu… sampai kul 10.45 mlm aku tahan sakit… mak ngan mak mertua aku yang dari mula kuatkan semangat aku… dah start gelisah… aku nampak diorang menagis kat luar… walaupun diorang buat-buat tenang bila masuk dok kat sebelah aku…. Hubby aku toksah cerita la… aku rasa dekat berpuluh kali tepon abah aku…. (abah aku ceritala)…kul 11 malam, Dr mintak permission aku untuk ceaser… sebab rahim aku still open 4 cm… and kepala anak aku still tinggi… baby akan lemas kalau still aku nak bersalin normal… aku setuju…. aku dah tak tahan sakit dah…. mak aku cerita kaki aku dah biru dah time tu… kalau aku nak bersalin normal pun mmg aku dah tak larat…. kul 11.10 malam aku masuk operation room… aku di bius dari paras perut ke bawah… so aku sedar la time diorang operate… aku dah tak rasa sakit lepas tu…. dengar je suara najwa… segala rasa sakit aku sekaligus hilang… aku menangis sayu… Syukur Ya Allah… penantian aku akhirnya berakhir…. lepas aku masuk room aku… baru aku dapat bercakap ngan hubby aku (via phone) … berkali2 dia mintak maaf kat aku sebab takde kat sisi aku time aku bersalin… aku yakinkan pada dia… aku redha… lagipun dia bukan pegi main-main… dia pergi bertugas… dan aku bangga dengan tugas dia… takpela… mungkin ini ujian untuk aku jadi lebih tabah…. 3 hari aku duduk hospital… sesungguhnya pengalaman ni cukup berharga untuk aku rasakan… bila aku lihat wajah comel najwa… aku rasakan apa yang Allah uji pada ku berbaloi… 6 hari lepas kelahiran najwa… hubby aku balik… Tuhan je tahu betapa gembira dan sayunya hati aku bila aku nengok hubby aku cium anaknya…
Terima kasih ya Allah atas kurniaan dan kebahagiaan yang kau berikan padaku… sesungguhnya aku bersyukur kerana Kau tidak putus-putus mengurniakan aku rezeki walaupun di sebalik setiap dugaan yang kau berikan… benarlah kata orang…. setiap sesuatu yang berlaku… jika kita tabah dan redha…. ada hikmah yang menanti…. salam sayang…
Posted in Kesayanganku | 1 Comment »